Friday, October 4, 2013

Aku Anak Malaysia. Cinta tiada ganti.

Aku Anak MALAYSIA

Aku anak malaysia. 
Apa yang dimaksudkan-Malaysia?
Itulah tanah airku.
Bumi yang menyempurnaku,
tanah air yang mencatat detik-detikku,
dimana saya berdiri,
Itulah tanah airku - MALAYSIA.

Menjelang tahun ke-56 ini, sambutan Hari Kemerdaka 31hb Ogos masih hangat diperkatakan. Hal ini disesababkan erti kemerdekaan itu membawa maksud yang tidak terhingga kepada raykat Malaysia bahkan tokoh-tokoh yang memperjuangkan usahanya demi kebahagian rakyat jelata tanah air ini.

Slogan “Keranamu Malaysia” sampailah slogan “Malaysia berdaulat, tanah tumpahnya darahku.” Slogan-slogan ini membawa iktibar yang besar kepada rakyat jelata bahawa kemerdekaan Malaysia adalah titik-peluh yang diperjuangkan dan semangat perjuangan ini seharusnya dibawa sehingga kemudian hari. Cinta tiada berganti diperkatakan. Sampailah hari ini, cintaku melahirkan beberapa persoalan yang merusingkan. Antaranya, kisah benar dan beberapa isu yang dipersoalkan masih merusingkan dan apa yang diperkatakan cinta itu telah menjadi satu perasaan bukanlah satu tindakan yang diperjuangkan.

Cinta itu mesti diluahkan, tindakan yang diambil seharusnya ditunjuk dan ia boleh menerajui kebahagian rakyat sejelata. Antara perkara yang merusingkan adalah apa yang diperkatakan dan apa yang ditunjukan sehinggalah apa yang dilakukan adalah tidak sama seperti yang disampaikan. Isu pertama adalah isu berkaitan dengan  isu politik yang membangkitkan isu perpaduan kaum. Isu kedua adalah mengimport buruh asing yang diperkatakan tidak menghargai tenaga tempatan dan isu seterusnya adalah projek raksasa yang diperkatakan cinta itu terlalu beban.

Adakah Wawasan 2020 adalah impian? Sehinggalah hari ini, tiada sesiapa yang boleh menjawabnya. Malaysia masih Boleh. Itulah kata-kata yang saya sentiasa mengingatkan diri saya bahawa harapan dan semangat rasa cinta terhadap tanah airku.

Perkara yang dipapar adalah satu cabaran yang menguji ketabahan rakyat jelata Malaysia. Semangat perjuangan tarhadap perkembangan ekonomi, pendidikan, kebudayaan, kesabilan politik mahupun perpuanduan antara satu sama lain seharusnya diusahakan. Bah kata perpatah: Bersatu tegoh, bercerai roboh.

Langkah-langkah yang berkesan seharusnya diambil antaranya adalah menerap nilai-nilai murni untuk memperkukuhkan semangat perjuanggan kita. Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak adalah langkah yang bertepatan dengan suasana dan cita rasa rakyat. Konsep ini selari dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara.

1Malaysia membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum. ‘1 Malaysia’ juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat iaitu “Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan

‘1 Malaysia’ memerlukan kepimpinan dan rakyat yang berintegriti tinggi. Sifat jujur, berkebolehan, bercakap benar, telus, ikhlas dan amanah amat penting untuk melaksanakan tanggungjawab kepada negara. 1 Malaysia memerlukan pemimpin yang bijak mentafsir dan memahami tugasan yang diberi. Pemimpin cemerlang dan komited sewajarnya memiliki kebolehan yang tinggi dalam merancang, mengatur strategi, menilai prestasi dan menepati masa dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. Kesungguhan dam komitmen terhadap tugas dan tanggungjawab menjadi asas atau senjata paling ampuh dalam mencapai sesuatu kejayaan. 

Negara Malaysia memerlukan rakyat yang berdedikasi dan komited untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh iltizam, azam dan tekad demi kepentingan dan kemajuan negara.  Malaysia juga memerlukan pemimpin yang mesra rakyat dan sanggup berkorban masa, tenaga dan kewangan serta mengetepikan kepentingan peribadi demi negara Malaysia. Pemimpin yang bekerja dengan penuh dedikasi dan hati yang ikhlas akan mendapat sokongan dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat. Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri.

Malaysia adalah negara untuk semua rakyat, tanpa mengira kaum, agama, budaya serta fahaman politik. Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan. 1 Malaysia adalah pemangkin kepada pengwujudan negara bangsa yang dapat membina Malaysia sebagai negara yang mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan di kalangan rakyat. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan. Pemimpin dan rakyat perlu memahami dan menghayati lapan nilai 1Malaysia, iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti.

Konsep Satu Malaysia akan membawa aspirasi untuk memperkukuhkan hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat sebagaimana kehendak  prinsip Rukun Negara. Rakyat jelata Malaysia seharusnya memupuk perasaan hormat menghormati dan sikap saling mempercayai antara kaum. Rakyat perlu memahami dan mengamalkan bahawa segala tindakan perlulah mengutamakan kepentingan negara. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati  pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan.

Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Melalui konsep ‘1 Malaysia’ ini tidak akan wujud perasaan tidak berpuas hati kepada mana-mana kaum kerana semua rakyat adalah Bangsa Malaysia dan Rakyat Malaysia yang mempunyai satu hala tuju dan cita rasa untuk bersama memajukan negara.


Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara yang berbilang kaum di Malaysia adalah penting. Dalam era globalisasi ,pengaliran secara bebas dan pantas yang meliputi maklumat, sistem, budaya dan nilai kepercayaan akan membawa impak tidak terhingga sekiranya jati diri tidak kukuh. Oleh itu, usaha untuk membina jati diri adalah penting dikalangan rakyat jelata malaysia. Sesungguhnya semua rakyat Malaysia perlu mendasari prinsip-prinsip utama 1 Malaysia iaitu kebersamaan (togetherness) dan kekitaan (sense of belonging) bagi menjayakan konsep ini.



Cinta tiada ganti, tanah airku~ Malaysia. MALAYSIA BOLEH.




No comments:

Post a Comment